Visitors
Kadang kala hidup ni tak selalu happy sepanjang masa.. ada masanya kita akan berhadapan situasi yang tidak kita gemari yang menyebabkan tekanan pada diri kita dan akhirnya kita akan mengalami kemurungan.
Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
- paling biasa terjadi
- disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera
- tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian
- faktor tidak jelas dan mungkin disebabkan oleh genetik
- penyakit kemurungan dan mania
*Kemurungan aku mungkin dari jenis Reaktif atau mungkin Endogenous? Aku tak pasti…
- kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
- hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
- cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
- perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
- perasaan bersalah dan tidak berguna.
- gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
- hilang selera makan dan penurunan berat badan.
- “rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
- rasa tidak tenteram dan mudah marah.
- kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
- simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
*Apa yang terjadi kepadaku..
- kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
- peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
- penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
- risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
- ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
- penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.
*Apa yang terjadi kepadaku..
- belajar menjadi tenang dan bersabar
- jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
- rancang tugas agar teratur
- jangan terlalu mengharapkan sesuatu
- elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
- libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
- setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
- tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
- berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
- jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
- Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.
KREDIT PD MR BINTANG
Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...
Kemurungan sebaik-baiknya dikesan dan dirawat pada peringkat awal sebelum ia menjadi serius. Pada pendapat saya penggunaan ubat psikiatrik elok tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, pesakit harus diterap dengan kaedah-kaedah alternatif seperti sesi kaunseling, bercuti, memupuk hubungan yang erat sesama keluarga dan nilai-nilai kerohanian. Penggunaan ubat hanya diperlukan sekiranya keadaan adalah serius seperti pesakit mempunyai perasaan untuk membunuh diri, mencederakan diri dan sebagainya.
Monday, August 10, 2015
Shakeel said...
Seseorang yang mendapat penyakit kemurungan mungkin berasa tidak berdaya, tetapi ada banyak yang boleh anda lakukan. Badan anda mengalami reaksi normal kepada lebihan bekalan bahan kimia tekanan dalam otak anda. Jadi adalah baik untuk anda melepaskan lebihan tekanan dan jadi seimbang semula.
Thursday, April 28, 2016
Nijam said...
Sebagai I tahu, bagi kedua-dua wanita dan lelaki, kadar kemurungan utama adalah tertinggi di kalangan pasangan yang bercerai, dan paling rendah di kalangan suami isteri. Jadi adalah baik untuk mengabungkan hubungan yang mesra antara suami isteri.
Saturday, May 14, 2016