Visitors

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini: Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawabmereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentangtanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan duniayang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allahuntuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)... Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anakkerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlahperkara-perkara seperti berikut:
1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulakmembacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)
2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memangpatut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)
3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )
4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematianibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau danmasjid tak cukup-cukup kitab Yaasin
5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebihberkat"....)
6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."kematian ibubapa
7. sedekah pisang kat masjid......
8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluanumrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adikberadik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku padabapak/mak. Kau tak buat ke?"Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadiaku tak bersalah lagi!"..... Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiatdi sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagaijustifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah .... . memadai lahdiselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - " YaAllah, ampunkan lah ibu bapa ku" . Takde belanja wang ringgit, tak payahcari orang, tak payah susahkan diri.Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doalah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendirimasing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiridan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmubermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semogasemua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janjimereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh.

Itulah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemanikami sehingga kiamat...... .. Ambil iktibar dari lampiran di bawah.
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabirradhiyallahu 'anhu, dia berkata, " Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,dan juga didirikan bangunan diatasnya.." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersamajenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalamupacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah danberbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullahshallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang akudiutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkansemua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi. ..Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak ...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan...











Nampaknya benarlah kiamat itu semakin hampir, Nabi s.a.w. pernah bagi tahu yang petanda dunia hampir kiamat ialah tanah-tanah Arab yang asalnya gurun & padang pasir kering kontang, tiba-tiba ditumbuhi rumput & pohon-pohon yang subur.




Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapiapabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawakerjamu atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: “ Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabutroh manusia. ”
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: “ Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha ’ if
Menurut Ibnu Abbas:
1 . Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4 . Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha ’ if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api . Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “ sifat ” .
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “ Jabarut ” kemudian diletakkan didalam “ Alam Malakut ” .
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “ tubuh Adam ” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah , dan dirasmikan dengan air hujan “ Barul Uluhiyah ” .
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “ Kudral-Izzah- Nya ” iaitu sifat “ Jalan dan Jammal ” .Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan , lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya . Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia . Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang . Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah : Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dansebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun . Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin , serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah . Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata : ” Yarhamukallah ” yang membawa erti: “ Semoga engkau diberi rahmat Allah ” . Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “ Alhamdulillah ” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “ Yarhamukallah ” .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya , tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “ Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa ” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya , maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

9 sebab hati tidak bahagia

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq. Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi... ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari su dut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila su dah dapat su sah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"
Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Renungkanlah....
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"
Adakah KIAMAT sudah hampir????
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hariJUMAAT!!!!Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kitaampuni.
22 Tanda Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melaluiinternet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama danbanyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untukmembezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal sertasebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidakberbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati merekasentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampumencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepadamakhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuanberkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir danamalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kulidan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik.Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yangmengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minumarak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang,mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyakberlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalamsembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyangmelanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah(iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara merekaberpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan danjarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan danjenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahumembela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalahsenjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yangsederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.Dunia Di Penghujung Nyawa
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '- Sahih Bukhari~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamatakan datang.'- Sahih Muslim~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telahbermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...
4) Menghias masjid & membanggakannya.'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalammendirikan masjid'- Riwayat Nasai..~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidakbaik.'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik&ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkarikemungkaran' - Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai olehLuka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapitoleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani~ George Bush, ArielSharon & kat Malaysiapun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusiatidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnyasaja.'- Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamatialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannyaseperti telanjang'.~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok....
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu denganmembawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar olehbapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar merekatidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popularskarang nie......
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad~ tengok kes peperangan Iraq ...
13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'PENGERTIAN MAKSUD IMAN- DARI SEGI BAHASA :Yakin Dan Percaya- DARI SEGI ISTILAH :Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah danBERAMAL DENGAN ANGGOTA"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapicuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikanuntuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lainterutama orang-orang terdekat yang disayangi

Blogger Template by Blogcrowds