Visitors

















As Salam, nak g santai d Port Dickson dan x ada tempat tinggal???? Mai lah sewa studio room Kak Hai..rega berpatutan.. wkend RM200/- Wkdays RM150/-PublicHolidays/School Holidays RM240/- ..waktu masuk/keluar very flexiable..janji x bertindih. Kalau berminat sila call kkak ye 012-2860175 atau husband kkak abg Hj.Rahim 019-3791984

Kadang kala hidup ni tak selalu happy sepanjang masa.. ada masanya kita akan berhadapan situasi yang tidak kita gemari yang menyebabkan tekanan pada diri kita dan akhirnya kita akan mengalami kemurungan.

Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Jenis-jenis kemurungan

Reaktif

  • paling biasa terjadi
  • disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera
Endogenous

  • tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian
  • faktor tidak jelas dan mungkin disebabkan oleh genetik
Penyakit bipolar (bipolar disorder)

  • penyakit kemurungan dan mania

*Kemurungan aku mungkin dari jenis Reaktif atau mungkin Endogenous? Aku tak pasti…

Simptom-simptom kemurungan

  1. kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  2. hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  3. cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  4. perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
  5. perasaan bersalah dan tidak berguna.
  6. gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  7. hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  8. “rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  9. rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  10. kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
  11. simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.

*Apa yang terjadi kepadaku..

Mengapa seseorang mengalami kemurungan

  1. kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
  2. peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
  3. penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
  4. risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
  5. ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
  6. penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.

*Apa yang terjadi kepadaku..

11 tips mencegah kemurungan

  1. belajar menjadi tenang dan bersabar
  2. jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
  3. rancang tugas agar teratur
  4. jangan terlalu mengharapkan sesuatu
  5. elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
  6. libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
  7. setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
  8. tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
  9. berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
  10. jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
  11. Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.

KREDIT PD MR BINTANG

Bersantai di kampong ayah Sp Durian Kuala Pilah
Bersantai di kampong ibu Tg Rimau, Pulau Sebang. Si kecil yg paling seronok di dukung makcik2nya.
Posing bersama anak2

Alhamdulillah...Ramadan telah disempurnakandan kini Aidil Fitri berkunjung tiba....walaupun Ramadan telah berlalu...kemanisan masih dirasai...bertanya pada diri sendiri.. apekah masih dapat menyambut Ramadan akan datang????Sudah cukupkah ilmu di dada...termenong sejenak.
Aidil Fitri tahun ni amat bermakna.kerana seorang lagi....ahli keluarga telah bertambah.

Haah bercerita ttg Goungzhou plak.. Dah lama merancang maka dimakbulkan Allah maka kami berempat sampai dia GZ pad 28May-2June2011 kul 1 pg..Dari Baiyun Airport kami ke Clivia Hotel. Rata2 ramai orang kita menyewa disini. Mmmm...rating hotel.... 3 bintang.. ok pada kami kerana untuk tidor n rehat aje. Keperluan asas x perlu di pertikaikan.. sume ader.
Inilah bilek tido kami. Selesa sbb katilnya besar..dan ada ruang untuk solat

Ada kemudahan internet lg...Ramai orang2 dari negara Arab pun menyewa disini.

Jalan di GZ nie bersih. Tp nape kat rakyat Msia x berdisplin cam ni ye..mmg terpegun dng displin mereka. Susah nak cari kertas2 sampah bertaburan...

Yang ni pula pusat borong kain2 sutera n kain cotton..
Koleksi baju2nya

Kedai borong baju T Shirt Ed Hardy...fuuuhhh mabuk .. melihat koleksi baju2 ni...Yg sebenarnya x boleh nak snap photo.. tp pandai2lah nak hidup.

Ini Beijing Lu... lebih kurang cam Jln TAR kat Kuala Lumpur aje... x ader aper yg nak dibanggakan. Barang2nya ok tp sedikit mahal compare kalau g kat kedai borong


Kedai makan Malaysia Di Coconut Inn..Chef mereka orang Melayu

Ini dia alamat restoren Coconut tu...


D restoren Abdullah...makanannya kureng sikit kesedapannya.


Makan d restoren China Muslim... dah duduk disana ... terpaksa ikut style mereka.. guna penyepit ... haha mujur pandai.. kalau x lapaq juga

Pasar terapong..mmg bnyk jualan makanan di sini.. tp ntahlah ..tekak ni x dapat menerimanya...walaupun sumanya makanan halal.
Aper yg terfikir di benak nie.....terkejut dgn wayer letrik yg berselirat antara satu ngan lain. Seandainya salah satu wayer ni terputus...fuuuhhh x dapat di bayangkan....ni adalah antara pemandangan semasa berada di Hatyai...

Bersama keluarga di Muzium di Mekah


Semasa d Jabal Rahmah...disinilah pertemuan Nabi Adam & Hawa setelah lama berpisah

Suamiku bersama ustaz2 yng membimbing kami semasa berada di bumi Madinah & Mekah


Di kebun kurma melepas dahaga & penat seharian menziarahi tempat2 sekitar Madinah


Anakku bergambar di depan Masjid Nabawi Munawarah...betapa bebasnya burung2 ....



Tanggal 21 Feb 2011..sejarah terlakar lg pada diriku, suami dan anak2. Ke kota suci kami berlabuh menghambakan diri pd ALLAH....kami datang lg ...menerima jemputanmu ya ALLAH....2 minggu kesana.. umpama sehari...bg2 cpt mase berlalu....Ya Allah undanglah kami lg..kami bg2 merindui rumahmu..amin

tengok tu... kambing2 pun pandai masuk barisan...ooppsss..mereka kenal suara tuannya. Pakngah jerit dari atas ..masuk kandang, waaah berbaris..dgn penuh displin masuk ke kandang...Maka terfikir plak.binatang yg di beri makan tiap2 hari oleh tuannya betul2 mnurt perintah... tp apa hal dgn segelintir manusia yg x patuh pd peraturan .... ye....
Naper Haziq nie???? Nak tau... dia tengah makan pucuk gelugor... ye lah orang x kenal dgn dedaun kampong nie.. kasi can dia makan..ooooo masam nye....kecur air lior wuwuwu
Haaa.. inilah ikan2 yg di jala talipia, jelawat & baung...wait..balik umah nanti masak cili api pedas2...fuuhh pasti mengancam

Ini tepi kolam ikan....posing ngan adik ..waktu ni ikan tengah lompat2 nak makan...

Haaa... can baik nie cuti panjang CNY...x lpaskan peluang balik ke kampung.. Dah lama x menjengok kampong sejak ari raya ari tu. Kali ni balik kpg kerana induk ader wat kenduri doa selamat. Ooooo rindunya kampung.. jom kita enjoy....

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN-

semasa duduk antara dua sujud Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu


subhanAllah..amazing...
Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah.. rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..



Bagaimana Sikap Kita Terhadap Anak Perempuan?Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)Huraian1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT. 4. Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.” (At-Tabrani)Huraian1. Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.2. Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda tetapi mengasihi Rasulullah mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.3. Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.4. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.

Risalah ini bagus untuk anda semua............ Tanda tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda:
1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati. i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja v) Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG . Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. iii) Bersin a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3) Batuk a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG. c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4). KERONGKONG i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin. ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5) BIBIR . Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman. i) Bibir pucat a. Sistem penghadaman yang lemah. b. Perut mengandungi angin. c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6) MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah. i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7) TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8) KULIT Berpeluh : a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 2. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. 3. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 4. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

9) RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

10) SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI a. Sakit Sendi i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout). ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism). iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. b) KEBAS TANGAN Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN . Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. d) KEBAS KAKI . Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. e) SAKIT TAPAK KAKI . Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. f) SAKIT TUMIT KAKI . Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI . Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11) TANDA-TANDA DALAMAN A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

12) MULUT/KERONGKONG/LIDAH 1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. 2. MUNTAH DARAH i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser. 3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung. 4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

13) KENCING a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

14) BUANG AIR BESAR a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil. c) NAJIS BERDARAH i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

15) BADAN a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah. i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16) RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

17) CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

18) RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

19) RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : i) Sistem jantung yang lemah. ii) Sistem saraf otak yang lemah. iii) Masalah pengaliran darah.

20) SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Blogger Template by Blogcrowds