Visitors
Haah bercerita ttg Goungzhou plak.. Dah lama merancang maka dimakbulkan Allah maka kami berempat sampai dia GZ pad 28May-2June2011 kul 1 pg..Dari Baiyun Airport kami ke Clivia Hotel. Rata2 ramai orang kita menyewa disini. Mmmm...rating hotel.... 3 bintang.. ok pada kami kerana untuk tidor n rehat aje. Keperluan asas x perlu di pertikaikan.. sume ader.
Inilah bilek tido kami. Selesa sbb katilnya besar..dan ada ruang untuk solat
Ada kemudahan internet lg...Ramai orang2 dari negara Arab pun menyewa disini.
Jalan di GZ nie bersih. Tp nape kat rakyat Msia x berdisplin cam ni ye..mmg terpegun dng displin mereka. Susah nak cari kertas2 sampah bertaburan...
Yang ni pula pusat borong kain2 sutera n kain cotton..
Koleksi baju2nya
Ini dia alamat restoren Coconut tu...Labels: Holidays
Pasar terapong..mmg bnyk jualan makanan di sini.. tp ntahlah ..tekak ni x dapat menerimanya...walaupun sumanya makanan halal.
Aper yg terfikir di benak nie.....terkejut dgn wayer letrik yg berselirat antara satu ngan lain. Seandainya salah satu wayer ni terputus...fuuuhhh x dapat di bayangkan....ni adalah antara pemandangan semasa berada di Hatyai...
Bersama keluarga di Muzium di Mekah
tengok tu... kambing2 pun pandai masuk barisan...ooppsss..mereka kenal suara tuannya. Pakngah jerit dari atas ..masuk kandang, waaah berbaris..dgn penuh displin masuk ke kandang...Maka terfikir plak.binatang yg di beri makan tiap2 hari oleh tuannya betul2 mnurt perintah... tp apa hal dgn segelintir manusia yg x patuh pd peraturan .... ye....
Naper Haziq nie???? Nak tau... dia tengah makan pucuk gelugor... ye lah orang x kenal dgn dedaun kampong nie.. kasi can dia makan..ooooo masam nye....kecur air lior wuwuwu
Haaa.. inilah ikan2 yg di jala talipia, jelawat & baung...wait..balik umah nanti masak cili api pedas2...fuuhh pasti mengancam
Haaa... can baik nie cuti panjang CNY...x lpaskan peluang balik ke kampung.. Dah lama x menjengok kampong sejak ari raya ari tu. Kali ni balik kpg kerana induk ader wat kenduri doa selamat. Ooooo rindunya kampung.. jom kita enjoy....
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN-
semasa duduk antara dua sujud Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu
Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah.. rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..
Bagaimana Sikap Kita Terhadap Anak Perempuan?Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)Huraian1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT. 4. Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.” (At-Tabrani)Huraian1. Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.2. Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda tetapi mengasihi Rasulullah mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.3. Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.4. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.

