Visitors

















As Salam, nak g santai d Port Dickson dan x ada tempat tinggal???? Mai lah sewa studio room Kak Hai..rega berpatutan.. wkend RM200/- Wkdays RM150/-PublicHolidays/School Holidays RM240/- ..waktu masuk/keluar very flexiable..janji x bertindih. Kalau berminat sila call kkak ye 012-2860175 atau husband kkak abg Hj.Rahim 019-3791984

Kadang kala hidup ni tak selalu happy sepanjang masa.. ada masanya kita akan berhadapan situasi yang tidak kita gemari yang menyebabkan tekanan pada diri kita dan akhirnya kita akan mengalami kemurungan.

Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Jenis-jenis kemurungan

Reaktif

  • paling biasa terjadi
  • disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera
Endogenous

  • tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian
  • faktor tidak jelas dan mungkin disebabkan oleh genetik
Penyakit bipolar (bipolar disorder)

  • penyakit kemurungan dan mania

*Kemurungan aku mungkin dari jenis Reaktif atau mungkin Endogenous? Aku tak pasti…

Simptom-simptom kemurungan

  1. kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  2. hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  3. cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  4. perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
  5. perasaan bersalah dan tidak berguna.
  6. gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  7. hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  8. “rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  9. rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  10. kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
  11. simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.

*Apa yang terjadi kepadaku..

Mengapa seseorang mengalami kemurungan

  1. kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
  2. peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
  3. penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
  4. risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
  5. ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
  6. penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.

*Apa yang terjadi kepadaku..

11 tips mencegah kemurungan

  1. belajar menjadi tenang dan bersabar
  2. jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
  3. rancang tugas agar teratur
  4. jangan terlalu mengharapkan sesuatu
  5. elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
  6. libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
  7. setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
  8. tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
  9. berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
  10. jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
  11. Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.

KREDIT PD MR BINTANG

Bersantai di kampong ayah Sp Durian Kuala Pilah
Bersantai di kampong ibu Tg Rimau, Pulau Sebang. Si kecil yg paling seronok di dukung makcik2nya.
Posing bersama anak2

Alhamdulillah...Ramadan telah disempurnakandan kini Aidil Fitri berkunjung tiba....walaupun Ramadan telah berlalu...kemanisan masih dirasai...bertanya pada diri sendiri.. apekah masih dapat menyambut Ramadan akan datang????Sudah cukupkah ilmu di dada...termenong sejenak.
Aidil Fitri tahun ni amat bermakna.kerana seorang lagi....ahli keluarga telah bertambah.

Haah bercerita ttg Goungzhou plak.. Dah lama merancang maka dimakbulkan Allah maka kami berempat sampai dia GZ pad 28May-2June2011 kul 1 pg..Dari Baiyun Airport kami ke Clivia Hotel. Rata2 ramai orang kita menyewa disini. Mmmm...rating hotel.... 3 bintang.. ok pada kami kerana untuk tidor n rehat aje. Keperluan asas x perlu di pertikaikan.. sume ader.
Inilah bilek tido kami. Selesa sbb katilnya besar..dan ada ruang untuk solat

Ada kemudahan internet lg...Ramai orang2 dari negara Arab pun menyewa disini.

Jalan di GZ nie bersih. Tp nape kat rakyat Msia x berdisplin cam ni ye..mmg terpegun dng displin mereka. Susah nak cari kertas2 sampah bertaburan...

Yang ni pula pusat borong kain2 sutera n kain cotton..
Koleksi baju2nya

Kedai borong baju T Shirt Ed Hardy...fuuuhhh mabuk .. melihat koleksi baju2 ni...Yg sebenarnya x boleh nak snap photo.. tp pandai2lah nak hidup.

Ini Beijing Lu... lebih kurang cam Jln TAR kat Kuala Lumpur aje... x ader aper yg nak dibanggakan. Barang2nya ok tp sedikit mahal compare kalau g kat kedai borong


Kedai makan Malaysia Di Coconut Inn..Chef mereka orang Melayu

Ini dia alamat restoren Coconut tu...


D restoren Abdullah...makanannya kureng sikit kesedapannya.


Makan d restoren China Muslim... dah duduk disana ... terpaksa ikut style mereka.. guna penyepit ... haha mujur pandai.. kalau x lapaq juga

Pasar terapong..mmg bnyk jualan makanan di sini.. tp ntahlah ..tekak ni x dapat menerimanya...walaupun sumanya makanan halal.
Aper yg terfikir di benak nie.....terkejut dgn wayer letrik yg berselirat antara satu ngan lain. Seandainya salah satu wayer ni terputus...fuuuhhh x dapat di bayangkan....ni adalah antara pemandangan semasa berada di Hatyai...

Bersama keluarga di Muzium di Mekah


Semasa d Jabal Rahmah...disinilah pertemuan Nabi Adam & Hawa setelah lama berpisah

Suamiku bersama ustaz2 yng membimbing kami semasa berada di bumi Madinah & Mekah


Di kebun kurma melepas dahaga & penat seharian menziarahi tempat2 sekitar Madinah


Anakku bergambar di depan Masjid Nabawi Munawarah...betapa bebasnya burung2 ....



Tanggal 21 Feb 2011..sejarah terlakar lg pada diriku, suami dan anak2. Ke kota suci kami berlabuh menghambakan diri pd ALLAH....kami datang lg ...menerima jemputanmu ya ALLAH....2 minggu kesana.. umpama sehari...bg2 cpt mase berlalu....Ya Allah undanglah kami lg..kami bg2 merindui rumahmu..amin

tengok tu... kambing2 pun pandai masuk barisan...ooppsss..mereka kenal suara tuannya. Pakngah jerit dari atas ..masuk kandang, waaah berbaris..dgn penuh displin masuk ke kandang...Maka terfikir plak.binatang yg di beri makan tiap2 hari oleh tuannya betul2 mnurt perintah... tp apa hal dgn segelintir manusia yg x patuh pd peraturan .... ye....
Naper Haziq nie???? Nak tau... dia tengah makan pucuk gelugor... ye lah orang x kenal dgn dedaun kampong nie.. kasi can dia makan..ooooo masam nye....kecur air lior wuwuwu
Haaa.. inilah ikan2 yg di jala talipia, jelawat & baung...wait..balik umah nanti masak cili api pedas2...fuuhh pasti mengancam

Ini tepi kolam ikan....posing ngan adik ..waktu ni ikan tengah lompat2 nak makan...

Haaa... can baik nie cuti panjang CNY...x lpaskan peluang balik ke kampung.. Dah lama x menjengok kampong sejak ari raya ari tu. Kali ni balik kpg kerana induk ader wat kenduri doa selamat. Ooooo rindunya kampung.. jom kita enjoy....

Blogger Template by Blogcrowds